Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat sukan outdoor di Malaysia semakin berkembang maju. Ini kita dapat lihat dengan penuhnya sampah sarap di atas gunung yang dibuang oleh para hikers warganegara Malaysia sendiri. Entry ini membincangkan apa itu barang outdoor original, dan antara kelebihan dan kekurangan yang ada. Terlebih dahulu mari kita saksikan video outdoor shop tour REI di Portland, Oregon.
Apa itu barang outdoor original?
Barang yang tidak semestinya mahal tetapi mempunyai kualiti, mutu, dan ada warranty dari manufacturer atau supplier. Ianya bukan sebab brand tetapi kualiti dan ketahanan. Istilah outdoor ni bermaksud aktiviti luar mean that kita akan melakukan aktiviti di luar yang anda tak tau apa yang akan anda temui.
So, barang outdoor yang lasak diperlukan untuk anda bersemuka dengan kehidupan luar yang akan anda buat. Tapi tak semua barang original ni ok, ada yang hampeh juga seperti brand Ultimate Survival Technologies (UST) yang memang hampeh seperti barang yang dibeli dari Ali Express. UST ni pada pendapat saya, founder dia just naikkan branding je tapi barang memang teruk kualiti. Ada lagi beberapa brand yang tak ok.
Apa itu barang outdoor tiruan?
Barang yang harganya jauh lebih murah, kebanyakkannya copy dari brand asli. Kualiti tengok nasib la, ada okay dan ada yang memang hampeh. Paling bahaya tentang aspek keselamatan memang tidak diambil berat. Banyak sekarang ni kita dapat lihat barang outdoor tiruan boleh dibeli direct dari online shop worldwide.
So, kena pandai pilih untuk menjamin kehidupan yang lebih baik. Dalam Lazada banyak barang outdoor tiruan dan tak berkualiti boleh didapati dengan harga yang murah. Ada lagi website seperti Ali Baba, Ali Express, DH Gate dll. Tapi duit memasing lantakla tuan punya badan. Ebay pun anda perlu berhati-hati, ada seller tak guna jual barang fake dengan harga original.
Kenapa barang outdoor original mahal?
Takla mahal sangat. Ada tahap dari low end price, medium end hingga high end price. Tengok poket kalau nak membeli. Tetapi ianya memang sangat berbaloi. Sebagai contoh harga barang outdoor RM 100 boleh pakai selama 2 tahun dibandingkan dengan barang outdoor cap ayam berharga RM 50 boleh pakai selama 4 bulan.
Cuba fikir, mana lagi untung? Material, ketelitian juga menyebabkan barang outdoor original ni mahal sikit dibandingkan dengan cap ayam. Tak dinafikan saya dulu pun berjinak-jinak dengan outdoor bermula dengan barang cap ayam ni tetapi setelah disahkan telah baligh oleh agensi outdoor terkemuka dunia saya terus melompat tikam kepada barang outdoor original level medium end.
Dimana nak dapatkan barang outdoor original?
Kat Malaysia ada beberapa kedai outdoor yang menjual barangan outdoor original. Try search and buat kajian sikit. Sebagai contoh kedai di Denai Alam, Shah Alam, Selangor iaitu Ghost Recon Outdoor Tactical (GROT) pernah menjual barang outdoor original mampu milik. Now, fokus online je guys✌️Anda juga boleh berkunjung ke Outdoor Gear Malaysia (OGM), Explorer Outfitter, Lafuma, Core Zone, dan banyak lagi.