Entry kali ini menceritakan berkenaan kerjaya sebagai askar upahan atau Private Military Contractor (PMC). Ianya merupakan suatu kerjaya yang berbahaya tetapi pulangan yang dapat adalah berbaloi. Jom kita artikelkan. Sebelum kita teruskan dengan artikel saksikan video ini.
Apa itu Private Military Contractor (PMC)?
PMC adalah seseorang yang ada background law enforcement terutama military yang telah menamatkan perkhidmatan dengan mempunyai rekod yang cemerlang dan takde kerja bosan stay di rumah nak cari pendapatan sampingan so apply jadi PMC. PMC juga dikenali sebagai Private Security detail (PSD), Security Contractor, atau Operator di kalangan para penggiat tactical. PMC bekerja adalah kerana gaji, no money no work.
Gaji seorang PMC bergantung kepada tahap kesukaran sesuatu tempat dan juga jenis kepakaran yang mereka ada. Pada tahun 2004 kebanyakkan PMC mendapat gaji sehingga 500 USD sehari dan yang terbaru pada tahun 2018 sehari lebih kurang 160 USD.
Private Security Company yang popular
Qualification untuk bergelar PMC ialah anda mestilah seorang lelaki tulin, ex law enforcement (military diutamakan) mempunyai pengalaman selama 5 tahun di dalam perkhidmatan (depends kepada Company), mempunyai kursus-kursus kepakaran yang dikehendaki oleh Company, mahir mengendalikan pelbagai jenis senjata, dan beberapa lagi kehendak yang dianggap penting oleh majikan.
Ada banyak security company yang hire PMC ni sebagai contoh yang paling popular ialah Academi (dulu Blackwater). Tapi company ni banyak ambik orang US je, owner dia ex US Navy. Dorang ada lebih kurang 100,000 operator yang bekerja di seluruh dunia. Academi banyak terlibat dengan perang Iraq dulu. ICTS International ni company Israel banyak terlibat dengan security service di airport.
Antara lain company seperti Northbridge Service Group (NSG), Control Risk Group (CRG), Aegis Defense, Triple Canopy, dan banyak lagi company yang hire PMC ni.
Cara Private Military Contractor (PMC) bekerja
PMC bekerja mengikut kehendak client, jika client cover minyak so PMC kena jaga aset personnel dan kawasan client tersebut. PMC bekerja mengikut Journey Management Plan (JMP) yang diberikan oleh client atau bahasa senang ialah mission. JMP tidak tentu, ada yang sehari 2 kali, ada 4 kali depends kepada kesibukan client tersebut. PMC juga kena check kenderaan yang akan dinaiki oleh mereka. Kenderaan perlulah berada dalam keadaan tip top. Ini bagi mengelakkan kerosakan apabila melakukan mission nanti.
Cabaran dihadapi Private Military Contractor (PMC)
Ada beberapa cabaran bekerja sebagai PMC ni seperti nak layan karenah orang local di negara mereka bekerja, keadaan cuaca panas melampau dan cabaran threat semasa mission. Keutamaan adalah menjaga client dari benda-benda yang tidak diingini berlaku.
Bentuk keadaan muka bumi dan cuaca serta ancaman pengganas di negara luar amat tinggi. oleh itu, PMC perlu memainkan peranan untuk mengawal situasi dan perlu mahir untuk keluar dari sesuatu ancaman dengan selamat.