20 May
20May

8Entry kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan map reading, navigasi darat, dan yang mana berkenaan dengan peta. Tahukah kamu bahawa masyarakat asli Eskimo, Indian (suku Nomaden di Asia dan Afrika) dikenali sebagai pembuat peta yang baik? Mereka juga kerap disebut sebagai kartograf kerana kemampuannya. Entry ini hanya menerangkan pasal peta topografi memandangkan banyak digunakan oleh adventurer. Let's share! Sebelum tu macam biasa saksikan video ini.

Maklumat di dalam peta

Bagi pihak tentera, maklumat-maklumat di dalam peta ini penting untuk mengenalpasti lokasi strategik, pengangkutan, logistik, plan pertahanan, waterpoint, attack point etc. Peta adalah gambar permukaan bumi dan ukurannya telah diperkecilkan mengikut nisbah sebagaimana penampakannya dari atas. Kebiasaan nisbah peta topo yang digunakan ialah 1:50,000. Fungsinya untuk:

  • Menunjukkan lokasi pada permukaan bumi.
  • Menggambarkan luas, pola, dan bentuk.
  • Menentukan arah serta jarak suatu tempat.
  • Menunjukkan ketinggian atau kemiringan suatu tempat.
  • Memungkinkan pengambilan kesimpulan dari data atau informasi.Peta TopografiPeta Atlas

Istilah-istilah di dalam peta topografi

Arah (bering) - darjah ukuran yang dikira dari pusingan jam yang diambil dari garisan kosong yang tetap.

Kontur - Satu garisan bayangan di atas permukaan tanah di ketinggian yang sama di atas paras laut sepanjangnya. Garisan kontur dilukis di atas peta untuk menunjukkan permukaan tanah.

Grid - Garisan-garisan yang menjadikan petak di atas peta sebagai sistem asas untuk rujukan peta. Garisan ini dibuat selari mengikut arah Utara - Selatan, Timur - Barat yang diambil dari tempat permulaan yang tetap.

Grid Peta - Adalah garisan selari yang bercantum tepat. Ianya membentuk petak segi empat tepat di atas peta.

Petak Grid (Petak Peta) - Adalah petak segi empat tepat di atas peta dan setiap garisan petak bersamaan 1 km di atas tanah.

Nombor Grid - Ukuran bagi setiap garisan kotak untuk garisan melintang dan garisan menegak.

Garisan Ketimuran - Garisan yang menegak di atas peta.

Garisan Keutaraan - Garisan yang melintang di atas peta.

Arah (bering)KonturGrid Reference

Bagaimana dengan penjagaan peta?

Anda perlu menjaga peta supaya tidak basah, tidak kotor, tidak berlipat, dan tidak koyak. Teknik yang berkesan ialah anda perlu membalut peta dengan plastik yang dijual di kedai buku. Begitu juga dengan teknik lipatan.

Memilih dan mengikut arah

Seseorang individu yang mahir dengan penggunaan peta dapat menggunakan teknik mengelak halangan dan memilih objek di rusuk iaitu bagaimana untuk bergerak dengan mudah, mengenali ciri-ciri di atas tanah dan peta serta merancang pergerakan dengan berkesan.

Teknik mengelak halangan dan memilih objek rusukRujukan grid 4 dan 6 angka

Kedudukan titik X boleh diukur dengan memberi jumlah jarak kekanan (eastings) dan ke atas (northings). Kedudukan X mestilah tidak berubah.

Grid 6 angkaGrid 4 angka

Intersection dan Resection

Intersection ialah cara untuk mencari lokasi sesuatu kedudukan yang tidak diketahui  dengan mengambil arah kedudukan tersebut daripada dua atau lebih kumpulan yang diketahui di atas tanah dan juga di atas peta. Dengan kaedah ini, kita dapat mengetahui kedudukan kumpulan yang sesat yang memohon bantuan kita.

Resection adalah cara mencari kedudukan sendiri dengan menggunakan dua atau lebih kedudukan objek yang dikenali di atas tanah dan juga di atas peta. Kedudukan objek yang ada di atas tanah hendaklah selari dan ada tercatat di atas peta. Beberapa objek yang senang dikenali di atas tanah dan atas peta ialah:

  • Bukit-bukit.
  • Persimpangan Jalan.
  • Tangki Air.
  • Sekolah, Masjid, dan Stesen Keretapi.

Teknik Intersection dan Resection 

🎯Untuk jenis dan model compass yang sesuai saya advice 2 brand sahaja setakat ini untuk melakukan aktiviti ini iaitu Suunto dan Silva.




Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING