Entry ini saya tulis setelah selesai suatu mission di Iraq ketika suatu hari saya dan team berhenti di suatu kawasan untuk berehat berdekatan Ar-Rafidin area. So, kami pun melepaskan 'hajat' dan mengambil wuduk. Bila part berkumur tu saya rasa air paip ni ada rasa lain sikit. Kalau filter ni elok tak? filter or purifier? Itu persoalan yang akan kita discuss. Jom kita artikelkan. Sebelum tu saksikan video ini.
Apa itu Filter (Penapis)?
Filter atau penapis merupakan suatu proses dimana merujuk kepada tindakan untuk menjadikan air kembali bersih untuk digunakan oleh manusia. Penapis mengeluarkan zarah, bahan pencemar, dan kotoran dari air minuman anda semasa ia mengalir keluar. Air keluar melalui suatu katrij yang dikenali sebagai penyaring. Kebanyakkan filter provides 0.1 micron removing 99.9% semua bacteria seperti salmonella, cholera and E.coli, dan juga removing 99.9% semua protozoa seperti giardia and cryptosporidium, dan removing 100% of microplastics.
Mini Sawyer Filter
Apa itu Purifier (Pembersih)?
Purifier atau pembersih pula bukan sahaja menghilangkan semua objek yang filter boleh buat tetapi ianya juga mengeluarkan semua mineral dalam air. Ini dilakukan melalui 2 proses iaitu reverse osmosis (RO) dan penyulingan. Osmosis songsang bekerja seperti filter membezakan ialah lubang penyerap lebih kecil. Air akan dipaksa keluar, kemudian proses penyulingan berlaku dan air akan dibersihkan 100%.
Dengan purifier anda boleh memanfaatkan sumber air di dunia dan selamat diminum dari spigot yang tidak lengkap, sungai yang keruh, telaga atau tasik. Ianya melindungi dari global waterborne pathogens (virus, bacteria, protozoan, cysts), pesticides, chemicals, heavy metals, dan juga microplastics. Lebih dari apa yang filter boleh lakukan.Grayl Geopress Purifier
Adakah Filter boleh perangkap virus?
Tidak, ini adalah kerana virus terlalu kecil untuk ditangkap oleh filter. Virus jauh lebih kecil dari protozoa or bacteria. Secara kimia, UV, pendidihan diperlukan untuk menggangu DNA virus seterusnya membunuh mereka tetapi tidak zarah-zarah air. Tapi pada hari ini dengan kemajuan penciptaan demi penciptaan water purifier yang ada secara fizikal dapat membuang virus dengan mudah dan cepat.
Jika anda travel, camping, atau hiking di kawasan back country dimana nisbah manusia di sana tidak ramai, water filter adalah suatu perlindungan yang boleh dikatakan baik. Ini kerana di dalam landskap ini protozoa (cryptosporidium, giardia), and bacteria (E. coli, salmonella) kita considered sebagai ancaman. Kebanyakkan protozoa dan bacteria ini dipindahkan oleh manusia melalui sisa-sisa manusia. Oleh itu, di mana terdapat kurangnya manusia kita menganggap risiko virus juga lebih rendah. Tetapi adakah anda pasti? Itulah persoalannya.
Protozoa
Bacteria
Virus
Bilakah Purifier digunakan?
Sekiranya anda melancong ke negara-negara yang kurang maju, di mana infrastruktur rawatan air tidak disahihkan kebersihannya atau orang yang tidak mengamalkan kebersihan yang baik berhampiran bekalan air atau kawasan camping/hiking yang tidak dipastikan kebersihan tahap airnya, Purifier adalah pilihan yang lebih selamat. Virus umum yang perlu diperhatikan termasuk Norovirus, Octavirus, dan Hepatitis A.
Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun rawatan kimia, UV dan pendidihan akan menyahaktifkan mikroorganisma, ianya tidak akan membersihkan zarah air. Particulate di dalam air boleh menghalang keberkesanan cahaya UV ke tahap yang lebih rendah. Di sinilah purifier menawarkan kelebihan yang lebih besar.
Replacement Water Purifier