Entry kali ini saya akan menceritakan berkenaan Kayak Camping. Ianya merupakan suatu aktiviti Outdoor yang jarang menjadi tumpuan ramai tetapi keseronokan yang dapat memang berganda. Sebab apa?
Apa itu kayak camping?
Kayak Camping ni diberi nama sebab menggabungkan 2 aktiviti di dalam satu masa iaitu berkayak dan lepas landed kayak anda camping. Biasanya aktiviti ni boleh dilakukan di kawasan tasik, sungai, dan juga persisiran pantai. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan oleh penggemar kayak camping ini. Sebagai contoh di Australia mereka mencipta satu deck yang menggabungkan 2 kayak supaya dapat letak tent di antara kayak mereka dan mereka tidur di atas air. Ramai yang tak berapa mengenali aktiviti ini maybe sebab taknak melaburkan duit untuk beli kayak tetapi anda jangan risau kerana terdapat beberapa operator yang buat trip kayak camping ni.
Seperti di Malaysia pula kebanyakkan tidur di atas darat. Anda tidak perlu takut untuk mencuba aktiviti ini jika anda tak tau berenang kerana PFD akan menjamin keselamatan anda jika jatuh. Sungai juga anda harus lihat terlebih dahulu kelajuan arus kerana ia memainkan peranan di dalam aktiviti ini. Tapi anda boleh tengok geng mat saleh buat aktiviti ni di arus deras di Devil River, US.
Bila waktu sesuai untuk berkayak camping?
Biasanya waktu yang sesuai ialah pada awal pagi lebih kurang jam 0800H kerana time tu anda dapat menikmati suasana pagi yang mendamaikan dan tenang. Ianya lebih kepada melihat suasana yang cantik ketika berkayak. Waktu pagi ni memang cun view and sound dia, udara segar, bunyi burung, matahari belum terpacak lagi. Oleh sebab itu digalakkan keluar berkayak pada awal pagi. Kalau tengahari tu dah tak berapa best sangat sebab cuaca dah terik.
Semua golongan lelaki, wanita, dan kanak-kanak sesuai melakukan aktiviti ini. Seeloknya bagi kanak-kanak digalakkan menggunakan kayak sit on top double kerana tenaga berdua kanak-kanak akan mempercepatkan proses aktiviti ini. Objektif yang boleh dicapai dengan aktiviti ini semestinya dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama insan. Keluarga digalakkan melakukan aktiviti ini. Nak tau kenapa? kena join dulu baru tau.
Berapa jarak berkayak?
Depends kepada tempat campsite tu. Biasanya jarak yang dah kira syok la lebih kurang 3-4 km atau yang memakan masa lebih kurang 45 minit minimum. Kira dapat enjoy dengan semaksima mungkin dengan jarak tersebut. Part paling best bila anda paddle kat tempat air yang tenang dan bila anda melalui kawasan tasik yang tak berapa lebar. And bila sampai ke campsite seeloknya parking kayak anda menghadap ke depan balik untuk memudahkan pergerakan keluar dan digalakkan mengikat kayak anda dengan anchor yang tahan supaya tidak hanyut dibawa arus.
🎯Saya pernah bawak satu trip kayak camping ni kira jarak dalam 4-5km dan bila nak dekat sampai air surut. So kena tarik kayak sampai parking. Penat time tu. Bengkak muka malu jugak sebab ni trip berbayar. Nasib baik semua geng trip okay. Kena bagi maintenance of morale sikit la kat depa✌️
Jenis kayak yang sesuai untuk kayak camping
Biasanya untuk camping ni sesuai guna sit on top. Selesa, ada ruang untuk letak barang dan kalau jatuh senang naik. Kalau pakai sit inside tak banyak ruang untuk letak barang lagipun tak berapa selesa. Jika anda terbalik, anda maybe tidak akan tenggelam tetapi barang anda akan mengalami kebasahan. Berat dan design kayak juga memainkan peranan untuk bergerak . So, pilihla kayak yang bersesuaian untuk aktiviti ini. Kayak made in China ni berat sikit tapi stabil, kalau import tu ringan dan stabil tapi mahal la sikit. Kebanyakkan organizer dorang guna kayak dari China.
Peralatan yang perlu ada untuk kayak camping
Personal Floatation Device (PFD) atau life jacket tu wajib, paddle dan kayak. Peralatan lain seperti barang peribadi anda, camping gear, dan lain-lain jika dirasakan perlu. Yang paling penting ialah waterproof bag untuk simpan benda elektronik dan barang yang tidak kalis air. Antara gear lain seperti set pancing, camping gear, everyday carry (EDC) dll dirasakan perlu. Sebelum anda start berkayak digalakkan untuk melakukan paddle drill and water confident dulu supaya dapat melancarkan perjalanan nanti. Untuk nak tau lebih lanjut anda boleh mengikuti trip Kayak Camping Adventure yang kami anjurkan.
Kayak modification
Ada juga penggemar kayak camping yang memang meracunkan diri sendiri dengan menjahanamkan duit poket sendiri untuk kepentingan kayak mereka sendiri. Sebagai contoh siap install thruster dan tak kurang juga siap letak enjin bot!! Ada yang letak stabilizer untuk menstabilkan kayak, tambah rod holder, install GPS/fish finder, custom seat untuk keselesaan, cat baru ikut citarasa, custom paddler, install anchor supaya kayak x hanyut ketika mancing dan berbagai lagi cubaan bunuh diri yang mengancam.
Modified kayak ni memang menjamin kepuasan kepada owner kayak tersebut, macam make up kereta lebih kurang. Saya nasihatkan kepada semua jika anda nak start modified better cari kayak yang betul-betul sesuai dengan jiwa dan sanubari anda then barula start modified. Cuba saksikan video ini.