Entry ini membincangkan berkenaan Packraft iaitu mainan baru dalam dunia outdoor. Kita akan discuss apa itu packraft, material, kegunaan, kelebihan dan kekurangan, dan bermacam-macam lagi. Jom kita artikelkan. Sebelum itu saksikan video ini.
Apa itu Packraft?
Packraft merupakan istilah untuk kecil, portable inflatable boat yang digunakan di setiap tempat berasaskan air seperti jeram, sungai, tasik, paya, laut, dan sebagainya. Ia direka ringan atau lightweight supaya memudahkan dibawa ke hulu ke hilir dan boleh attach sekali dengan backpack anda. Ia digunakan bersama paddle dan PFD untuk keselamatan. Sejarah packraft ni dimulai dengan Halkett boat sejak berdekad lamanya.
Halkett boat
Spesifikasi Packraft
Sekarang terdapat berbagai manufacturer yang mengeluarkan packraft ini seperti Kokopelli, Advanced Elements, Alpacka, Feathercraft, Flyweight Design, MRS, NRS, Supai, dan banyak lagi. Jenama yang popular ialah Kokopelli dan Alpacka setakat yang saya tau. Harga bergantung kepada design bermula dari RM 3,000 hingga RM 7,000. Tak termasuk shipping and tax lagi tu. Boleh beli motor sebiji guys. Berat bermula dari 1.5 lbs hingga 8 lbs mengikut design. Floor material bergantung kepada model, ada yang 70 D Nylon hingga 800 D Nylon, side material 70 D Nylon hingga 210 D Nylon manakala untuk kapasiti ialah dari 250 lbs hingga 500 lbs.
Bagaimana Packraft disetup?
Setup Packraft mestilah mempunyai Packraft itu sendiri bersama thigh straps and spray deck (optional), safety lines, paddle, pakaian yang bersesuaian, inflation bag, helmet, backpack, dry bag yang beratnya 7 kg. Ini adalah standart setup untuk sebiji packraft. Cara pam adalah melalui mulut atau elektrik pam tetapi biasanya manufacturer akan bagi inflations bag untuk mengepam.
Packraft boleh digunakan untuk river crossing, whitewater sport sehingga level 4, travel boat, adventure racing, open water crossing, memburu dan memancing, canyoneering, camping, atau rock climbing access. Packraft ini juga pernah digunakan dalam rancangan Ultimate Survival Alaska terbitan National Geographic Channel suatu ketika dulu. Pernah tengok tak?
Ketahanan Packraft
Tapi tidak diketahui sejauh mana ketahanan benda ni kerana ada satu video menunjukkan packraft ni kempis sebab tertusuk benda tajam dan warranty untuk Packraft adalah limited warranty iaitu just cover material dan workmanship sahaja. Kalau pecah tak cover. Harga dahla beribu, warranty tak cover so memang fikir dua kali juga kalau nak membelinya tapi bagaimanapun ianya suatu produk yang memang menarik. Anda boleh bawa basikal sekalipun di atasnya.
Apa yang saya dapat dari pemerhatian saya boleh disimpulkan bahawa Packraft ni merupakan satu benda yang menarik. Ini adalah kerana ianya lightweight, mudah dilipat dan diattached bersama backpack, boleh dibawa kemana-mana tanpa letak atas roof rack. Sesuai untuk orang yang sukakan adventure.